Assalammualaikum Alhamdulilah Wa Syukurillah atas kurniaan nikmat Iman dan Islam yang diberikan oleh Allah swt.
Untuk pertama kali ana menulis dalam blog ini. Tidak terlintas nak jadi blogger hanya ingin mencuba berkongsi pendapat dan ilmu yang tidak seberapa ini. Setiap yang ana tulis hanya pendapat ana sebagai manusia biasa yang tak lari melakukan kesilapan. Manakan mungkin seorang manusia itu kebal dari "dosa" dan "noda". Tidak Allah ciptakan manusia untuk melakukan kemungkaran diatas muka buminya. Bila kita kenal Allah, baru kita tahu siapa kita. Kita siapa? Kita hambaNya, Alhamdulilah.
Baiklah kita teruskan dengan tajuk yang ingin ana sampaikan iaitu "Percampuran group Usrah antara lelaki dan perempuan dilaman sosial sama ada diwhatsapp atau wechat". Disebabkan beberapa faktor untuk mencari group Usrah in real life yang agak payah nak jumpa maka wujudnya Usrah through whatsapp dan wechat tak perlu jumpa hanya menggunakan handphone sudah pastinya kena ada broadcast internet kalau tak macam mana nak on social networking kan? Hee sempat lagi bergurau. Sebelum ana bercerita lanjut, ana akan jelaskan apa itu usrah dan hal yang berkaitan dengannya. Usrah itu bermaksud keluarga diketuai oleh Naqib(lelaki) dan Naqibah(perempuan). Bagi ana Usrah itu bulatan kecil bulatan gembira, disini ilmu agama dikongsi dan tiada lagha. Usrah seperti tak lengkap tanpa adanya rukun Usrah ini.
Taaruf itu bermaksud berkenalan. Setiap usrah yang baru ditubuhkan dilaman sosial sama ada di whatsapp atau wechat akan memulakan dulu sesi taaruf ini untuk berkenalan dengan usrahmates lain. Naqib dan naqibah akan meminta setiap "anak buahnya" untuk berkenalan dulu baru memulakan usrah.
Takaful pula bermaksud saling bantu membantu untuk meringankan beban atau masalah usrahmates kita. Mengajak usrahmates kita berbuat kebaikan dan sebagainya. Contohnya kalau usrahmates kita bertanya sesuatu yang dia tidak tahu kepastiannya maka kita yang akan menolong menjawabnya. Dari situlah kita akan dapat bertukar pendapat dan ilmu boleh berkembang.
Manakala Tafahum ialah saling memahami. Bila usrah bermula, setiap usrahmates hendaklah memahami each others dan biarkan naqib atau naqibah mengakhiri usrah mereka dulu kemudian barulah boleh bertanya jika ada sebarang kemusykilan. Usrahmates kena menghormati naqibah atau naqibah ketika mereka sedang bercakap. Masa orang tengah bercakap kita kena hormat, kita tak suka orang menyampuk bila kita bercakap jadi begitulah perasaaan orang bila ada yang menyampuk percakapannya.
Baiklah itu sedikit sebanyak yang dapat ana jelaskan tentang usrah. Lets we proceed it, tajuk ini cuba kita fikirkan dan renungkan apa persoalan dapat kita rungkaikan dan kita ambil ibrahnya disebalik ini. Pendapat ana, tidak salah jika kita ingin berusrah campur dengan lelaki dan perempuan tapi mampu ke tidak kita menjaga akhlak, menjaga adab, menjaga ikhtilat dengan usrahmates yang berlainan jantina? Tak perlu tuding jari pada orang lain, tanya diri sendiri kadang tanpa sedar kita pun terbabas kan? Cakap senang tentang ikhtilat tapi soal nak menjaganya macam mana? Kita mungkin boleh menundukkan pandangan tapi agak mustahil untuk menundukkan nafsu. Apa mungkin kita dapat pastikan bahawa kita hanya bicara soal agama saja tanpa ada unsur kearah lagha? Bergurau senda dengan bukan mahram walaupun guna panggilan nama yang islamik seperti "Ana, enta, enti, akhi, ukhti, antunna, antum"? Aasif jiddan terus terang ana cakap niat tidak menghalalkan cara gunalah panggilan apa pun selagi tiada ikatan yang halal.
Apa yang ana fikirkan ini agak mendalam. Kemungkinan bila dah bercampur satu group pasti ada yang mengambil kesempatan untuk whatsapp atau wechat dengan yang bukan mahram secara senyap senyap. Mereka fikir "Alahh kami berdua(lelaki dan perenpuan)bukannya cakap benda tak baik pun! Kami bukannya cakap lagha kami cakap pasal agama. Salahkah?" Hurm dari situ wujudnya khalwat dialam maya. Apa yang ana tekankan disini soal khalwat dialam maya ialah bila lelaki dan perempuan yang bukan mahram saling berhubungan tanpa sebab. Mungkin hanya sekadar ingin berhubungan dilaman sosial whatsapp atau wechat. "Ahh macamlah kau tahu niat kami selalu contact?". Aasif ana taknak cakap soal niat seseorang sebab ana sendiri tak tahu itu urusan Allah. Tapi sebaiknya dielakkan kerana akan wujudnya orang ketiga diantara hubungan lelaki dan perempuan yang belum halal, sudah pastinya itu syaitan Laknatullah. Ada pula yang sengaja menggunakan perkataan manja pada yang bukan mahram, bila ditegur kata mereka "Alahh kami taaruf je takkan tak boleh". Oh ya taaruf perlu ke ada panggilan manja? Mana perginya sifat malu dalam diri tak kiralah lelaki atau perempuan. Nak guna panggilan manja dengan usrahmates boleh dengan syaratnya sesama jantina bukan dengan berlainan jantina itu beza. Konon fikir nak lagi mesra, tolong letakkan perasaan malu yang lebih tinggi.
Situasi Pertama(Whatsapp Dan Wechat)
Akhi: Assalammualaikum ya ukhti, mari kita bertaaruf dengan lebih rapat. Ana tertarik untuk mengenali enti kerana ilmu enti yang banyak. Boleh kita share?
Ukhti: Waalaikumusalam ya akhi, Ismi bla bla bla. Ana dan enta sama sama Thalibul Ilmi, selagi boleh tuntutlah ilmu. Bagi ana, atleast lelaki itu perlu ada ilmu yang lebih tinggi dari perempuan kerana mereka yang akan memimpin keluarganya sakinah mawaddah warahmah.
Akhi: Ya ana setuju, sebab itu ana ingin kita share ilmu.
Situasi Kedua(Pendapat ana)
Akhi: Assalammualaikum ya ukhti. Ukhti banyak mengingatkan ana pada Allah. Mohon bimbing ana sekali.
Ukhti: Waalaikummusalam ya akhi. Aasif akhi, bagi ana lelaki itu pembimbing bukan dibimbing. Tapi Allah hadirkan seseorang untuk melengkapi kekurangan dan kelemahan pasangan kita. Biarlah kita dianggap seperti orang asing seolah tidak mengenali. Sebab itu kena menjarakkan diri tak ada sebab untuk kita selalu berhubung yang pasti orang ketiga itu syaitan. Ikhtilat dialam maya juga kena dijaga. Orang lain memang kita boleh tipu, orang nampak kita sangat menjaga ikhtilat tapi sayangnya dengan Allah kita tak boleh tipu. Cuba tanya diri, atas dasar untuk selalu contact? Kadang kita ni lebih ikut kata nafsu ke atau kata hati? Hati kata taknak buat, tapi nafsu kata mahu. Lihatlah sendiri iman yang lemah ini akan mudah terjebak dengan cara yang hina.
Bagi ana selagi masih ada group usrah yang hanya untuk lelaki dan hanya untuk perempuan tak perlulah nak bercampur, biarlah diasingkan saja. Naqib dan naqibah manusia biasa tidak mampu untuk untuk mengawal kesemua ahlinya jika ada diantara ahlinya yang menghampiri perbuatan 'zina' ini. Bergurau senda, menggedik mengade ikhtilat tidak terjaga, sejujurnya ana cakap ikhtilat dialam maya sangat bahaya boleh jadi fitnah pada diri sendiri dan group usrah itu, hilang sudah niat untuk berusrah seolah group usrah seperti tempat mencari jodoh sangat bebas pergaulannya. Kita marah bila orang cakap kita buat itu ini tapi hakikatnya memang benar kita yang lakukannya. Muhasabah diri semua. Mulai saat ini sama samalah menjaga diri hidup diakhir zaman sangat menakutkan disaat iman senipis kulit bawang. Baik lelaki mahupun perempuan jangan mudah melayan dan jangan mudah terlayan. Hidung tak mancung, pipi tersorong sorong. Orang tak mahu, dia tak rasa malu. Taknak malu dengan manusia takpe tapi jangan tak tahu malu dengan Allah.
Via : iamsherlockian